KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengukuhkan lagi pelaburan dalam pasaran hartanah luar negara dengan memuktamadkan rundingan pembelian bangunan yang menempatkan Kementerian Pengangkutan United Kingdom (UK) di kota raya London pada 12 Julai lepas.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, pembelian bangunan berstatus pegangan bebas itu merupakan tambahan kepada senarai pelaburan TH yang mempunyai portfolio berkaitan di UK sejak 2012.
"Pemilikan hartanah ini memberi pulangan jangka panjang yang baik kepada TH memandangkan kontrak sewaan yang panjang manakala kos penyelenggaraan ditanggung sepenuhnya oleh penyewa selain kenaikan kadar sewaan setiap tahun dan memiliki nilai pasaran yang stabil.
"Ini juga selaras dengan objektif pelaburan TH untuk mempelbagaikan jenis pelaburan dari segi aset dan lokasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Amrin, bangunan pejabat kerajaan setinggi enam tingkat dan berkeluasan 179,869 meter persegi itu dikenali sebagai Great Minster, 33 Horseferry Road, Victoria.
Malah, ia terletak di lokasi strategik di daerah perniagaan terbesar di West End London iaitu hab komersial yang berkembang pesat pada ini serta di masa akan datang.
Victoria menempatkan banyak pejabat kerajaan dan sektor awam kerana berdekatan dengan bangunan Parlimen selain akses mudah semua pengangkutan awam utama termasuk stesen keretapi awam bawah tanah Pimlico, Westminster dan Victoria, serta laluan-laluan utama lain.
"London masih merupakan hab kewangan yang menarik banyak peluang perniagaan semasa dan untuk jangka masa panjang... oleh itu, ia amat baik untuk pasaran hartanah," katanya.
Bagaimanapun, pada masa sama, Amrin menegaskan bahawa TH sentiasa berhati-hati dalam membuat sebarang pelaburan hartanah bagi memastikannya dapat memberi pulangan segera untuk menampung kos haji tahunan dan agihan keuntungan tahunan selain pulangan jangka panjang yang stabil dan selamat bagi kesinambungan TH serta para pendeposit.
Menurutnya, TH memperuntukkan kira-kira 11 peratus daripada RM88 bilion dana miliknya untuk pelaburan dalam sektor hartanah di dalam negara serta asing.
"TH kini giat meninjau peluang untuk meningkatkan pelaburan dalam sektor hartanah luar negara bagi mempelbagaikan portfolio pelaburan yang dikenal pasti sebagai langkah terbaik untuk memperoleh pulangan kompetitif serta konsisten bagi 8.5 juta para pendeposit," kata beliau. - BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022
Lembaga Tabung Haji mengukuhkan lagi pelaburan dalam pasaran hartanah luar negara dengan memuktamadkan rundingan pembelian bangunan yang menempatkan Kementerian Pengangkutan United Kingdom di kota raya London pada 12 Julai lepas.
Niaga AWANI: Kesan limpahan pertumbuhan sektor semikonduktor
Pasca pengumuman PM berkaitan semikonduktor.
Bagaimana Kecerdasan Buatan (AI) berperanan dan mendapatkan manfaat daripada pertumbuhan sektor semikonduktor di negara ini?
#NiagaAWANI
Bagaimana Kecerdasan Buatan (AI) berperanan dan mendapatkan manfaat daripada pertumbuhan sektor semikonduktor di negara ini?
#NiagaAWANI
KKM arah penjualan produk rempah mengandungi etilena oksida dihentikan
Etilena Oksida sering digunakan untuk membunuh serangga perosak dan turut digunakan dalam rempah bagi mengawal cemaran mikrobiologi yang berpunca daripada bakteria, virus dan kulat.
Perkara penting mengenai Strategi Semikonduktor Nasional (NSS)
NSS dijangka dapat menarik pelaburan sebanyak RM500 bilion dalam bidang berkaitan dengan semikonduktor.
Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan
Pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Niaga AWANI: 3 fasa strategi NSS, tarik berbilion pelaburan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan tersebut antara lima sasaran dalam Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) Malaysia, yang akan meliputi tiga fasa.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kadar sewa Pasar Payang bakal dinaikkan mulai Januari tahun depan
Kadar sewa Pasar Payang 1 dan Pasar Payang 2 akan dinaikkan sehingga RM50 seunit dijangka mulai Januari tahun depan.
Empat pembantu penguasa Kastam didakwa terima rasuah berjumlah RM39,750
Empat Pembantu Penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, pada Selasa, atas pertuduhan menerima rasuah dengan nilai keseluruhan berjumlah RM39,750.
XPDC tempa nama, satu-satunya kumpulan rock dibenar buat persembahan di Terengganu
Ini kali kedua XPDC Kita Pengyu dijemput dan dibenar mengadakan persembahan di Terengganu selepas kali pertama pada 2023 di Bandar Kerteh.
Pelantikan Tun Mohd Ali Mohd Rustam penggal kedua
Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Tun Mohd Ali Mohd Rustam sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal kedua, bermula 4 Jun 2024.
Istiadat pengurniaan berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Istiadat pengurniaan berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saman fitnah: Rosmah peroleh penghakiman ingkar terhadap pemilik akaun TikTok
Datin Seri Rosmah Mansor memperoleh penghakiman ingkar terhadap seorang pemilik akaun TikTok dalam kes saman fitnah yang dikemukakannnya.
Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.
Jemaah haji terkandas: TH tidak terima laporan rasmi setakat ini
Lembaga Tabung Haji (TH) setakat ini tidak menerima laporan rasmi berhubung kejadian rakyat Malaysia terkandas di Makkah dan Madinah akibat terpedaya dengan pakej haji menggunakan visa pelancong.
TH sedia sepenuhnya santuni 31,600 jemaah haji
Persediaan Tabung Haji kini mencapai skala 90 peratus lengkap, sementara 10 peratus lagi menanti kedatangan KT jemaah pertama pada 9 Mei.
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos menunaikan haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
TH sumbang RM1 juta bantu asnaf bermasalah pendengaran
Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbang RM1 juta bagi Program Pusat Audiometrik Bergerak untuk membantu warga asnaf yang mempunyai masalah pendengaran.
TH tawar perlindungan takaful berganda TH Khairat sehingga RM24,000
Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan peluang kepada pendeposit untuk mendapatkan perlindungan takaful TH Khairat berganda dengan manfaat kewangan sehingga RM24,000 menerusi dua sijil perlindungan.
Jangan tertipu! Upah haji RM1,000- RM3,500 terlampau rendah - TH
Syed Saleh menambah tawaran badal haji pada harga sekitar RM1,000 sehingga RM3,500 ke atas disifatkan terlampau murah.
Penerbangan pertama haji dijangka 21 Mei, TH masih merayu kuota tambahan
Jumlah sebenar jemaah yang akan menunaikan haji tahun ini belum diketahui kerana TH masih dalam proses mengemukakan rayuan kuota tambahan.
Tabung Haji umum 3.10 peratus agihan keuntungan
Agihan keuntungan melibatkan RM2.65 bilion dan akan memberi manfaat kepada lebih 8.7 juta pendeposit.
Ismail Sabri cadang TH kaji semula tempoh tunai haji
Empat pakej tempoh masa menunaikan ibadah haji boleh diperkenalkan iaitu 14, 21, 30 dan 40 hari.